sebelum ini aku pernah buat n3 pasal mempersendakan agama untuk semata.mata nak jadikan lawaknya itu orang lain gelak..
Terbaru, blog Milosuam melaporkan ada isu menghina Rasulullah dalam salah satu babak filem Hantu Bonceng. Ya,aku pun ada perasan tentang hal ini semasa menonton filem tersebut malah banyak lagi babak yang pada aku agak keterlaluan.
Selain itu,ada babak last sekali masa zizan kononya dirasuk,jupe ustaz untuk pulihkan zizan TETAPI watak lelaki yang tertido kena suntikan itu bersandar pada wanita itu,padahal tengah berubat dengan menyebut nama Allah tapi ada ke patut masa yang sama laki tu bersandar kat wanita tu,tak bolehkan baringkan ditepi ker...mmm,banyak lagilah,sorilah aku tak tahu nama pelakon tu,itu aku tak masuk port nak kenal2 artis ni....aku tidak pasti sama ada korang juga perasaan akan hal ini.
ok,Dalam salah satu babak yang dilakonkan Zizan Raja Lawak secara jelas menghina Rasulullah SAW..bacalah DISINI
PERHATIKAN sebagai iktibar..
ini bukan kita hendak saja nak mengembar gemburkan adegan ini tetapi ianya sebagai pengajaran dan iktibar supaya kita lebih serius dalam hal seperti ini...
crdt: MiloSuam
ok,itu cerita pasal part filem berkenaan tentang menghina agama...
dan ini pula ALASAN pembikin filem ini...
mesti korang tahukan siapa dia...
sekarang jom kita dengar alasan dia..
sebelum itu.........
semua mesti dah tahu kan pasal komen Ahmad Idham pasal filem dia ni......
ok ini sebagai aku protes dengan cara alasan yang dia berikan itu....
AKU TAK SETUJU !!!!!!!!
korang nak tahu apa alasan dia pada orang yang menegur dia tu..
nak tahu jom baca ni....
itulah jawapanyer...adakah patut cakap macam itu.....
Takkan bab mengucap tu satu bahan lawak kan ? Banyak lagi scene boleh dijadikan lawak.
bila dah sokong filem melayu,cmni pulak alasan dia beri bila orang menegur..
bila kita protes filem melayu marah pula,kata kita ni tak support filem melayu lah..
mmmm..ntahlah..
apa-apa pun harus di ingat:
kata Imam Hasan al-Basri,
"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dpt menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan" hanya nabi sahaja yang maksum.
"Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan manjawab, “Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja”. Katakanlah, “Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kalian berolok-olok?” “Tidak usah kalian minta maaf, karena kalian telah kafir sesudah beriman”. (At Taubah : 65-66).
“celakalah orang yang berkata kata (sama ada benar atau bohong) untuk membuat orang lain ketawa…maka celakalah dia,celakalah dia,celakalah dia" Hadith Riwayat Abu Daud
Ya Allah janganlah kita buat main-main dalam hal ini..
*** Jika anda tidak setuju dengan alasan ini silalah LIKE sebagai TIDAK SETUJU !!!!
10 Cicah Sambal Belacan!:
kalimah syahadah tak boleh nak dibuat main, bnyk lagi cara lain nak kasi org gelak..
sebab tu saya jarang tengok movie melayu ni..bila cite hantu..hantuuuuu je.bila remoit, rempitttt je.
tapi lbh baik kalau "org"tu tegur baik2. sian org yg bg surat tu.
kecoh benar korang ye ....
siyes..bell tgok cter nie..tapi bell terlepas pandang..bila tgok balik..ermmm..just penulis skrip dan pihak terlibat perlu mengambil iktibar daripada hal ini..btul tu..nak bergurau boleh tapi jgn sampai mempersendakan agama kita ;)
hmmm..mcm 2 plak jwpn dye..org dh bg pndgan utk same2 muhasabah dri..ap laa nk jadi
dah ramai blogger review isi ini..tak kurang jugak komen yang panas membara dalam forum dan ruang komen blog2 gossip. So, please yang terlibat...kalau anda tahu anda silap. Tolong sensitif dan perbetulkan keadaan. Jgn cakap ikut sedap mulut..macam takde iman...
tp ada betulnya kata ahmad idham.
filem tersebut sudah ditapis dahulu.
bila isu ni timbul,
takkanlah semuanya dia kena tanggung sorang.
mungkin pihak yg menapis filem pun patut dipertikaikan.
maaf,cuma pendapat peribadi saya sahaja =)
Alangkah lebih baik, kalimah syahadah digunakan utk berdakwah yg boleh meningkatkan keimanan kita terutama golongan remaja kini (menonton filem ini) sbb ini satu saluran yg boleh digunakan secara bermanfaat jika betul caranya.
macam tu pulak eh dia jwb? kita sebgai umat islam ada hak utk menegur, kalau apa yg dia lawak kn tu membangkitkn isu islam..kalau nk tunggu para ulamak nk tego blm tentu cerita dia para ulamak tu nk tengok! kn da emosi jadi nya ni... sy blm tngok crita ni...knpe org industri malaysia ni payah betol nk terima teguran? susah sangat ke nk ckp maaf, saya tersilap pandang atau saya tidak bermaksud ke arah itu??! no wonder la pnganut agama lain memperlekehkn islam bila yg islam pun buat yg sama. kalau para ulamak je yg boleh tegur dia, suruh para ulamak je tngok filem dia
mastura aziz...
betul tu,setuju sangat apa awk perkatakan itu,tertarik dgn last ayat itu,lebih baik bagi ulamak itu jer yg tengok drama itu kan!!! btl jugak!
Post a Comment