As salam 1 blogger...
lawak oh lawak
nape ko jadi macam ini
dulu tak seperti ini pun.......
Apesal pulak ini SB pasal lawak-lawak ini???
ada apa-apa yang tak kena ker SB???
kalau ada cuba cer cer cer cerita SB......
orait,sebelum itu,aku nyatakan ini bukanlah nak marah atau tuding jari kat mana-mana pihak ek,cuma aku sebagai peminat hanya ingin menegur sahaja.
tak apa kan tegur benda yang baik???
ok,ini hanya teguran sahaja taw,kalau rasa tidak suka dan tidak boleh menerima maafkan aku taw.maaf seribu kemaafan!
ok macam ini,aku bukan apa,sekarang ini aku tengok di tv mahupun wayang memang lawak sekarang ini menjadi-jadi la.Tak kiralah lawak itu drama mahupun filem dan secara live mahupun ulangan yang penting ianya rancangan genre lawak.
Cerita pasal lawak sekarang menjadi-jadi ini ialah lawak diorang memang dah best sangat-sangat sehinggakan tak kering gusi dibuatnya tetapi yang buat mencemarkan lawak diorang ini ialah mengenai agama.kenapa agama dijadikan lawakan??? terutamanya agama islam. kenapa kita meng ggelakkan diri sendiri dengan agama kita??? sedih taw.sebab segala apa dalam agama bukanlah lawakan tetapi ianya adalah benar yang telah di nyatakan oleh Allah.
YA! memang betul diorang tak ada niat nak seperti mempersendakan agama dalam lawakan itu tetapi harus di ingat perkara yang tidak sedar inilah yang menjadikan kita rupa-rupanya telah mempersendakan agama kita sendiri.Janganlah terlalu over dan terlalu inginkan peminat gelakan dengan lawak mereka itu,mereka sanggup agama jadikan lawakan.dan untuk menyampaikan mesej tentang agama,aku rasa memang tak sesuai dengan cara lawakkan seperti ini.
Aku bukan apa,kesian dengan kata-kata kita macam itu nanti menyebabkan kita mendapat dosa yang serius di sisi Allah walaupun ianya sekadar buat lawakkan sebab agama islam ini adalah agama Allah.
so,aku bukan nak salahkan mana-mana pihak,cuma semua pihak hendaklah mengambil perkara ini dengan serius supaya kita menghormati agama kita sendiri dan jadikan bahan lawakkan kita itu mengenai agama kita untuk semata-mata hendak kan daripada respons lawak kita itu kepada penonton.ingat taw,penonton ini meliputi lapisan usia,tambah-tambah lagi genre lawak ini,memang diliputi oleh usia kanak-kanak dan kanak-kanak ini jugalah cepat terpengaruh.so,kita lah yang kena berhati-hati supaya mereka dapat memahaminya.
aku tengok sekarang ini terlalu kerap lawak dibuat seperti itu.
siapakah artisnya????
cerita apa???
drama apa???
filem apa????
dialog cmner???
itu korang boleh fikir-fikirkan la ek....
kalau boleh dan harap bolehlah supaya lawak-lawak seperti ini tidak dijadikan bahan lawakkan dan gelakkan.buatla lawak selain daripada ini..
bolehkan????
Sayangilah agama demi cintakan agama kerana agama islam adalah agama Allah dan Allah itu adalah tuhan yang Maha Besar meliputi sekalian alam.
*** maaf sgt2 ek kalau sesiapa tidak berkenan dengan teguran ini sebab ini hanyalah sekadar teguran sahaja untuk kebaikan bersama juga...
Heart on the Window by Jin BTS & Wendy Red Velvet
14 hours ago
9 Cicah Sambal Belacan!:
tula,kdg2 ade org masih nk pertahankan yg tu hanya cerita sje..mslhye yg cerita tu bukan amik dr realiti jugak ke?ssh bila ada manusia yg ketawa bila agamanya sndri dipermainkn..
As salam. Akak setuju ngan N3 ni.
sedapnye sambal belacan.. feveret!! hehe
lawak sekarang smeua tah pape.. rasa malas nak tgok dah. setuju dgn ape yg SB tulis. semua nak kene pakai agama kalau nak buat lawak.. :(
memang takda kesedaran langsung orang yang main dengan agama tu.. tidak menghormati langsung, dan tidak menjaga sensitiviti langsung!
btw,
sambal belacan perah dengan air limau sedapnya..slurp2!
macam dh xde bahan lain je diorang nk buat lawak. hissshh
Papepun sambal belacan memang peberet hehe
Salam...melawak biarlah berpada-pada. Melawak supaya orang lain mendapat pengajaran dalam ketawa lg elok dr melawak just nak buat orang ketawa tanpa ada mesej atau pengajaran.
Abang Long Online
yath setuju dengan pendapat SB:)emmm...sekarang nih macam2 ada.
aku pun setuju dengan entry ni. Mmg tidak dinafikan ade jugak segelintir pelawak menggunakan cara sebegini nak buat penonton ketawa. Tetapi sebaliknya mereka membodohkan diri mereka sendiri. Nak buat lawak pun jangan lah keterlaluan.
salam..
betul tu, nk buat lawak pun biarlah kne pada tempatnya.. jgan plak sbb nk ikut trend lpe soal agama..
Post a Comment